Wednesday, April 15, 2009

Marah dan Dirimu, Siapa Lebih Utama?


assalamualaikum dan salam ceria! hehe. saje je letak gambar yang takde kene mengena dengan marah. sebab kita mesti positif!

alhmdulilah. exam dah habis. jadi boleh lah saya teruskan ber blogging. setiap kali saya menyebut 'ceria', automatik perasaan saya pun jadi ceria. hm..mgkin ia adalah perkataan positif. so, setiap kali menyebutnya, saya jadi ceria juga. maknanya bila nak menang, kene sebut 'menang' selalu. supaya kita merasa menang. kan kan?

ketika saat2 exam haritu, saya sgt geram bila saya terjumpa banyak buku yang best untuk dibaca. biasalah. asal exam je rasa nak rajin baca buku lain. waktu free2 dulu tanak. waktu ni lah tiba2 nak belajar ini lah, itu lah..haih...
MySpace

pelik kan? hm... kdg2 saya tertanya jugak. saya sorg ke rasa cmtu. then buat survey. rupanya saya tidak keseorangan.ramai lagi pn cmtu. kalau kamu pelajar yang bagus. kamu tidak mcm tu kot. hehe


Buku Menarik

so hari ni, saya bercadang untuk membaca buku yang best2. mcm bese lah. buku tentang hati dan psikologi. bagaimana berfikiran positif dan merawat stress. malah depress juga..


saya baca tajuk dan belek2 sikit buku tuh. salah satunya bertajuk 'berbudaya positif'.
ada satu ungkapan yg menarik perhatian saya. 'kita harus memahami orang yang kita persalahkan'..itu adalah salah satu cara hilang kan stress.

menarik kan? sebab selalunya kita nak faham orang yang kita sayang. tpi sekarang kita kene faham orang yg ketika itu seolah2 kita xsayang. walaupun tadi dok cakap sayang je..tapi sekarang rasa macam ala2 benci pulak gitu.


Kisah Cik ST dan Sekolah

tiba2 saya teringat peristiwa semalam. bila cik ST mcm merajuk bila saya asyik marah2 dia dan ckp dia bukan2. yelah. semalam mood xberapa baik. entah syaitan mana merasuk saya. sian cik ST. dia mcm nak nangis dah sy tengok. hehe. saya salahkan dia sebab suka suruh saya macam2. pastu tak memahami yang saya penat, letih.


alih2, dia pulak yg berceramah lebar kat saya. dia cakap dia fobia bila orang kata dia pentingkan diri. padahal dia tak berniat begitu pun. dia sedaya upaya jaga hati orang lain. tapi tak sangka saya cakap begitu. waktu tu marah saya dh hilang. tpi dia pulak yg terasa lagi. so balik bilik saya cuba faham apa yg dia rasa. dari wajah dia dan kata2 nya. memahami sebenarnya kesalahan yang saya letakkan pada dia tu tak kukuh. sebab saya terlalu mengikut perasaan. sahabat kan saling tolong menolong. mesti ikhlas kan.. insyaallah.


so hari ni kami dah jadi kawan baik balik. hehe. itu pun sebab saya senyum kat dia dan banyak minta maaf. kalau kamu sedar kan. perkataan 'maaf' tuh amat power tau. berkuasa dalam memujuk orang yg sedang marah dan terasa. betul x cik ST? heheh

saya jugak teringat waktu saya tingkatan 2. ada sorg kawan saya menangis ngadu kat org lain kata saya xnak kawan ngn dia. maklum sajelah. wktu tu ramai sgt nak kawan ngn saya. hihi
saya sebenarnya xfaham kenapa dia smpai nangis sbb sy xnak rapat ngn dia. lagipun sy kecik lagi kot. mana la tahu yg dia nak kawan sgt ngn saya. sy ni pilih org gak. org yg best2 je saya kawan. waktu tu xreti lagi nak faham hati org lain. maaf kan daku sahabatz!

hm..dipendekkan cerita, saya wktu tu ala2 nazi. kejam teramat kerna saya marah dia pulak. dalam hati saya, saya kata "dia ni kenapa nak terasa sangat? bukan nye dah kenal lama pun" sepatutnya saya kene faham kenapa dia rasa cmtu. sebab...dia dah sayang saya.


Tip-Tip Kawal Marah Dari Al-Ghazali

saya teringat tentang hasil kerja Imam Al-Ghazali dalam Kitab Bimbingan Mukmin. terapi untuk hilangkan marah. indahnya Islam. nak kawal marah pun diajarkan.. ade beberapa cara kat bawah nih. baca tau!


1. kita harus merasakan bahawa Allah itu lebih layak untuk marah berbanding kita. yes! mmg kamu boleh marah dia. namun biarlah berpada. cuba tenangkan hati dengan mengingati Allah dan rasakan lah...kalau Allah boleh ampunkan hambaNya yg jahat giler, apatah lagi kita yang kesalahannya sikit tuh.
tapi kalau susah jugak, cubalah gi kat luar pintu, cabut rumput dengan laju2. sambil bertakbir. rumah pun bersih. hati pun leh lepaskan geram. heh MySpace

2. cuba elak kan daripada berjumpa dengan org tersebut dlm jgka masa yg tertentu. kalau terpaksa jugak, kamu buat2 lah bayangkan muka dia tuh mcm artis pujaan kamu atau org kesayangan kamu. jgn tgk muka dia. nanti xpasal2 naik jugak penerajang kat muka dia yg dah sedia xhensem tuh. huahua


3. gambarkan muka kamu waktu marah. betapa buruknya. tadi ayu je, dah jadi hodoh. siap hidung kembang dan mata merah. heeeee takutlah!


4. ingatlah akibat dari kemarahan kamu. bak orang tu2 kata. xde pekdahnye kamu lawan ngn si Abu tu. silap hari bulan, kamu yang kalah dlm pergaduhan tuh. malu dapat. sakit pun dapat. siap kehilangan kekasih lagi tuh.


5. last sekali, kamu fikirkan apa sebab nya kamu marah. kalau mmg dia salah, cuba cari cara untuk tegur dia baik2. kalau sebab dia yang nak kamu marah, kamu fikir lagi apa sebab kamu marah sgt nih. ha! dah jumpa! ni mesti sebab kamu dirasuk syaitan durjana. sbb tu kamu marah sgt. dah, dah..x cool la kalau marah2 ni. kan? kan?
MySpace

so? cuba bercakap perkara yang positif. then, cuba kawal marah. sebab orang yang suka marah ni ramai orang tak suka. mungkin kamu boleh buat senaman sikit waktu marah. tarik nafas, pejam mata dan bayangkan yang indah. again! think positive! semoga jadi orang cool..


MySpace
p/s: kalau saya marah, saya tidur. dan lagi satu, saya tak suka orang macho! heeee tata..and salam ceria (^_^)

4 comments:

roezi_fathan said...

hallo friend aku indonesia aku binggung dengan bahasa malaysia tetapi aku bisa sedikit memahami........ memang apa yang kamu bilang ada benarnya tetapi kalau ternyata aku tidak bisa tidur bagaimana terus marahnya bagaimana

Salam dari aku oke

shahadah said...

hai roezi. terima kasih ya. blog kamu tadi best juga. bagi aku, lain orang, lain lah caranya. kalau aku, aku tidur. hilang sikit marah ku. kalau kamu tak boleh, mungkin kamu harus berjalan2 atau kamu buat perkara yang kamu suka untuk melupakan perasaan kamu tu. ada pakar psikologi kata makan yang manis2. biar hati kamu pun manis. tapi bagi ku, zikir adalah paling berkesan. dan kamu mungkin boleh cuba tip2 dari Imam Al-Ghazali untuk hapuskan perasaan marah kamu tuh. cari sebab mengapa kamu marah dan selesaikannya cepat2. selamat ya friend! (^_^)

aku amat hargai kamu kunjung ke blog ku. kerna kamu juga peminat psikologi seperti ku. hehe

shahadah said...
This comment has been removed by the author.
Muhamad Faizal said...

Ehm.. beremosi juga cik shahidda kita ni..
Marah tak semestinya sifat yang buruk.. Cuma klw disalurkan pd cara yg tak betul, ianya memang akan jd negatif. Marah spt ini biasanya didorang dengan masalah emosi..

Namun jika marah untuk tujuan dakwah dan mendidik takpe.. Kene ada caranyala.. Taklah marah yg melulu. Sesiapa yg terlibat dlm dunia fasilitator, mesti mereka tahu antara modul yg berkesan untuk memberi kesedaran, module recall..Modul ni gunakan manfaat sifat marah kearah kebaikan..

Namun saya secara peribadi lebh suka uslub yg bukan marah2 untuk dakwah mahupun mendidik.. Ehm.. mungkin dah serik kene marah masa kecik dulu kot. hehe..

Post a Comment